Rawatan Urut Urat Zaman Ariffin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ............. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَباَرِكْ عَلَى مَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ........... ..............Rawatan Lengkap Urut Urat Islam Melayu: Merawat, Membetul dan Memulih Urat Saraf- Anugerah Allah




Posted by UrutUratMelayu
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Post Older Post Home

al-haqier al-faqier

al-haqier al-faqier
Zaman Ariffin Ba'alawi Al Ahmadi

“Jangan anda melangkahkan kaki kecuali untuk sesuatu yang dapat mendatangkn keredhaan Allah, dan jangan duduk dimajlis kecuali yang aman dari murka Allah. Jangan bersahabat kecuali dengan orang yang membantu berbuat taat kepada Allah. Jangan memilih sahabat karib kecuali orang yang menambah keyakinanmu terhadap Allah.

Doa mengelak dari gangguan dan kejahatan

Doa mengelak dari gangguan dan kejahatan
Doa yang di ajar oleh Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk mengelak dari gangguan jin dan syaitan....Maksudnya :..Aku berlindung dengan Zat Allah yang Maha Mulia dan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna (Al-Quran) yang tidak dapat mengatasi oleh orang yang baik dan orang yang jahat dari segala kejahatan yang turun dari langit dan yang naik padanya. Dan dari segala kejahatan yang masuk ke bumi dan yang keluar darinya dan dari sebarang kejahatan fitnah malam dan siang dan dari jalan ( kejadian) yang buruk yang terjadi malam dan siang kecuali jalan (kejadian) yang membawa kebaikan, wahai Tuhan yang Maha Mulia.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ, وَعَلَى جَمِيْـعِ الأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ, وَعَلَى جِبْرِيْلَ وَمِيْكَائِيْلَ وَإِسْرَافِيْلَ وَمَلَـكِ الْمَـوْتِ وَحَمَلَةِ العَرْشِ, وَعَلَى الْمَلآئِكَةِ أَجْمَعِيْنَ, وَعَلَى الأَوْلِيَـآءِ وَالـصَّالِحِيْنَ, وَعَلَى جَمِيْعِ عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِيْنَ, فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُكَ, آمِيْنَ "Ya Allah! Limpahkanlah rahmat, kesejahteraan dan keberkatan ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarganya, dan sekalian Nabi dan Rasul, Jibril, Mikail, Malaikat Maut, dan Pemikul-Pemikul Arasy, serta ke atas dan sekalian para Malaikat , dan wali-wali dan orang-orang yang soleh, pada setiap kelipan mata dan hembusan nafas dan pada luasnya ilmuMu. Perkenankanlah, ya Allah

Pesanan terakhir Rasulullah SAW untuk umat akhir zaman

Pesanan terakhir Rasulullah SAW untuk umat akhir zaman
disampaikan oleh Rasulullah dengan penuh syahdu di Padang Arafah ketika Baginda mengerjakan Haji Wida’ bersama dengan lebih kurang 124ribu para sahabat sebelum kewafatan Baginda. Berikut adalah petikan khutbah haji wida’ Baginda Rasulullah S.A.W yang menjadi pedoman hidup seluruh umat Islam akhir zaman. Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu. Banyak sungguh panduan yang ada dalam Khutbah Haji Wida’ yang semestinya menjadi panduan dan pedoman untuk seluruh umat Islam akhir zaman. Setelah mendengar khutbah haji wida’ hampir semua Para Sahabat telah bertebaran keseluruh pelusok dunia untuk menyampaikan pesanan. Daripada 124ribu hanya sekitar 10ribu Para Sahabat yang kuburnya berada di Mekah dan Madinah selainnya berada bertebaran diseluruh dunia. Atas usaha dan pengorbanan para sahabat lah kita di Nusantara mendapat nikmat yang MAHA besar iaitu nikmat IMAN kepada ALLAH S.W.T.
Zaman Ariffin

Reka Lencana Anda
Urut Urat Melayu Urut

Create Your Badge

About Me

My photo
UrutUratMelayu
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2011 (7)
    • ▼  November (7)
      • الحمد لله والشكر لله على جميع نعم الله حمدا ...
      • Rawatan Urut Urat Zaman Ariffin
      • Urut Urat Lengkap Seluruh Badan
      • Kembalikan Stamina Dan Kecergasan Badan Anda Denga...
      • Pusat Rawatan Baytul Fakir ...al fakir Zaman Ariffin
      • Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik...

Anda Mengalami Masalah Ini

Soal Jawab


ShoutMix chat widget

Minyak Herba (serbaguna) Morhabshi:

Minyak Herba (serbaguna) Morhabshi:
Minyak Herba (serbaguna) Morhabshi: Berikut adalah khasiat histeria, dirasuk syaitan sihir (buatan orang) santau bayi 'diganggu' bayi 'kembung' sawan tangis pusat bayi (agar mudah tanggal) batuk lelah/asma sakit gigi senak cirit birit kanser (luar) kayap kurap gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha) jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka, kepala, tubuh) kudis bisul melecur terkena api atau air/minyak panas gigitan serangga & binatang bisa dan sebagainya... Dapatkan Minyak Herba Morhabshi dari Zaman Ariffin, minyak ini disedekahkan kepada sesiapa yang berhajat dan memerlukan, atau anda boleh bersedekah kepada tabung anak2 yatim, sekolah tahfiz quran yang ada di sediakan, menambah berkah kepada minyak dan pahala terus tersebar terutama untuk Almarhum Ustaz Haji Abdul Hamid B. Ahmad waris dan keturunannya yg membuat minyak ini untuk manafaat manusia sejagat,,amin

Morhabshi Herba Arab

Morhabshi Herba Arab
Siapa Pengasas Minyak Herba Morhabshi? Beliau adalah Ustaz Haji Abdul Hamid Haji Ahmad, pensyarah di Maahad Islamiyah Derang Kedah. Selain ulama dan pendakwah, beliau amat cenderung dalam praktik perubatan alternatif meliputi kaedah perubatan Islam (doa & ayat Al-Quran), perubatan Melayu tradisional, perubatan berasaskan herba, dan kaedah perubatan homeopathy. Malah salah satu tugas beliau di maahad tersebut ialah bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan di situ.

TRIBULUS TERRESTRIS

TRIBULUS TERRESTRIS
PENGENALAN Herba Tribulus Terrestris atau dipanggil “puncture vine” ialah tumbuhan yang telah lama digunakan di seluruh dunia untuk pelbagai penyakit. Tribulus Terrestris secara popularnya didakwa berfungsi untuk memperbaiki seksual manusia. Di Eropah, herba Tribulus Terrestris telah digunakan dalam perubatan. Dalam sejarah Greek, ianya digunakan secara meluas untuk mengubati keadaan seperti sakit kepala, gangguan saraf, sembelit dan disfungsi seksual. Di Cina dan India pula, Tribulus Terrestris digunakan untuk penawar hati, buah pinggang, urinari dan kardiovaskular. STRUKTUR FIZIKAL DAN HABITAT Tumbuh secara semulajadi di banyak tempat di dunia termasuk Amerika, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Afrika.Tribulus Terrestris didapati sebagai lalang beracun yang banyak dijumpai di tepi-tepi jalan dan tanah lapang yang mana benihnya tajam dan berasa sakit apabila dipijak. Daun Tribulus Terrestris beracun kepada binatang ternakan terutamatanya kambing biri-biri apabila dimakan setiap hari dalam kuantiti yang banyak. Buah Tribulus Terrestris adalah bahagian yang paling kerap digunakan dalam perubatan tradisional. Kandungan bahan yang berbeza dalam Tribulus Terrestris bergantung kepada di mana tempat di dunia ianya tumbuh. Dapatkan Tribulus Asli dari Zaman Ariffin, di beri percuma pada yang berhajat selepas berurut Insyaallah.... SEJARAH DAN KAJIAN SAINTIFIK Masyarakat dari seluruh dunia telah menggunakan pohon Tribulus Terrestris untuk kesihatan secara menyeluruh, menguatkan kesihatan fungsi libido(keinginan nafsu syahwat) dalam kadar normal dan menguatkan otot. Disebabkan oleh kelebihannya, para atlet telah menggunakan ekstrak Tribulus Terrestris dietary supplement untuk meningkatkan tenaga, membekalkan kesihatan fungsi hormon, meningkatkan pergerakan otot dan memberikan tenaga kepada atlet semasa sesi latihan. Tribulus Terrestris mengandungi steroidal saponins, alkaloids, flavanoids dan kandungan protodioscinnya dipercayai mempengaruhi kesannya terhadap hormon, libido dan komposisi tubuh. Kajian klinikal Tribulus Terrestris menunjukkan herba ini mampu menguatkan kesihatan fungsi libido manusia dan mampu menambah kesihatan tekanan darah dan kadar kolesterol dalam kadar yang normal. KANDUNGAN Buah Tribulus Terrestris mengandungi bahan yang berbeza-beza termasuk saponins, glycosides, flavanoids, alkaloids, resins, tannins, gula, sterols dan minyak essential. Baru-baru ini, dua saponins baru telah diasingkan daripada Tribulus Terrestris ; Tribulus Terrestris A dan Tribulus Terrestris B. Bahan yang biasanya dinyatakan dalam Tribulus Terrestris ialah protodioscin,yang mana ada yang mendakwa salah satu daripada bahan-bahan aktif di dalamnya terdapat dalam tumbuhan ini .Apabila sample Tribulus terrestris yang berbeza dianalisis, perbezaan kandungan saponins telah dilihat bergantung kepada bahagian tumbuhan itu yang digunakan. Satu analisis produk menunjukkan perbezaan 0.17 hingga 6.5% dalam kandungan protodioscin. KEGUNAAN DAN KEBAIKAN * Sebagai diuretik yang tidak miang dan urinari antiseptik. Digunakan untuk disurea, sakit batu karang dan kencing tidak lawas. * Digunakan dalam pelbagai formula herba untuk mengubati sakit kepala, masalah mata seperti gatal-gatal, konjunktivitis (radang pada membran mata), lemah penglihatan dan kegelisahan. Ianya digunakan untuk mengubati darah tinggi dan sakit tulang rusuk. * Kesan hormon pengimbang dalam Tribulus Terrestris untuk wanita ialah herba ini sesuai untuk sindrom premenstrual dan sindrom menopausal. * Mengandungi sterols seperti betasitosterol atau stigma. Bahan ini melindungi prostat daripada membengkak dan dalam kombinasi dengan X steroidal saponins, melindungi prostat daripada kanser. * Digunakan dalam kes mati pucuk dan spermaturia kerana ianya membantu untuk meningkatkan luteinising hormone(LH) memperbaiki pensistensisan hormon testikular seks lelaki. Jadi, ianya merupakan pembangkit syahwat secara semulajadi. * Kegunaan tradisional Tribulus Trerrestris telah ditemui efektif dalam gout. *Luteinising hormone ; dihasilkan oleh kelenjar pituitari dan berperanan mengawal penghasilan testosteron dan kadar serum secara semulajadi.

Keadaan Cuaca di sekitar saya


bloguez.com

widgeo.net
RAWATAN URUT URAT ISLAM MELAYU ZAMAN ARIFFIN. Watermark theme. Powered by Blogger.